APA ITU RESDUNG
Resdung adalah radang pada lapisan rongga hidung. Ia boleh berpunca daripada isi (daging) di bahagian dalaman hidung yang bengkak sehingga menyebabkan pergerakan udara yang tersekat-sekat.Di antara tanda-tanda resdung adalah hidung berhingus / tersumbat, sakit kepala terutama di dahi dan pipi, migrain berlarutan. Ia juga boleh dikenali sebagai "sinusitis" atau ringkasannya "sinus".
Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul, seterusnya kuman (bakteria) akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah dan juga bengkak didalam lapisan hidung.
Di kalangan kanak-kanak, resdung boleh menyebabkan bakteria merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata.
PUNCA-PUNCA RESDUNG
Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
Hidung bengkok
Tisu belakang hidup yang bengkak terutamanya kanak-kanak
Ketumbuhan dala, hidung
Jangkitan gigi atas
Mandi dan terjun di dalam air kotor
TANDA-TANDA RESDUNG
Hidung tersumbat dan berbau busuk
Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
Kerap bersin terutama di waktu pagi
Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
Kerap sakit kepala atau migrain
Tanda-tanda diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi.
Kepada anda yang mengalami tanda resdung seperti di atas, cepat-cepatlah bertindak sebelum penyakit resdung anda menjadi lebih kronik. Oleh itu bertindaklah segera, cegah sebelum parah dapatkan rawatan anda sekarang.
KESAN-KESAN KE ATAS PENYAKIT
Selesema biasa yang melarat
Alahan hidung atau hidung sensitif
Jangkitan kuman pada telinga dan tonsil
Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
Jangkitan otak
Sakit tekak yang kronik
Jangkitan tulang muka
Memburukkan keadaan lelah
Berdengkur yang kuat sewaktu tidur
Ulat Resdung Dalam Mulut Pesakit
Ulat Resdung Dalam Hidung Pesakit
* mohon maaf atas gambar-gambar yang di atas yang agak mengelikan.



